Sabtu, 22 Januari 2011

PENGEMBARAAN..

hidup ini merupakan tempat kita sebagai hambaNya mncari bekalan untuk menuju akhirat yang pasti..
tiada apa yang bermakna di atas muka bumi ini melainkan mencari mardhatillah (redha allah)..
dalam meniti liku2 hidup ni,,kita memerlukan ilmu yang banyak sebagai sumber perjalanan kita dalam pengembaraan yang masih tiada arah ini..
ilmu itu sumber segala cabang kehidupan..kita tidak tahu apa yang ada di hadapan kita..
masih tunggang langgang mencari kiblat yang satu...mencari sebenar2 cinta..
alangkah indahnya hidup ni jika kita tahu apakah tujuan kita diciptakan..
namun,kadang2 kita terpesong dalam kita mengejar cintaNya..oleh kerna itu,kita perlu mnyedikan ilmu dan pegangan yang kuat dalam kita meniti pertemuan kita denganNya..
hidup ini umpama pengembaraan dalam kita mencari2 hujung pangkalnya kehidupan..
manisnya hidup apabila liku2nya tidak diselangi dgn cabaran dugaan..tapi itulah sebenarnya satu permainan yang membosankan dan kadang2 menyebabkan kita alpa dan leka..
sesungguhnya ujian dan dugaan itu merupakan satu method/process kita  dalam kita mengenali sebenar2nya PENCIPTA kita..
hakikatnya kehidupan...satu pengembaraan yang mencabar dalam usaha kita untuk sampai ke destinasi yang di tuju..kadang2 kita tersungkur..kadang2 kita jatuh..kadang2 kita terduduk keletihan..kadang2 kita berjumpa bermacam2 jenis makhluk allah..
namun itulah sebenarnya perjalanan yang harus kita tempuhi untuk kita menang dalam pengembaraan ciptaan kita..
di samaertikan dengan kehidupan kita..
kadang2 kita diuji dengan pelbagai ujian..kadang2 kita diuji dengan limpahan kemewahan..kadang2 kita diberi kenikmatan yang tiada bandingnya..
namun,inilah dikatakan sebenarnya perjalanan yang pasti dalam usaha kita untuk bertemu PENCIPTA kita di akhir kehidupan..
hakikatnya kehidupan..
dalam pengembaraan yang tidak kita ketahui di manakah pengakhirannya..
haruslah kita menyedari bahawa hidup di dunia ini hanyalah sebagai tempat untuk kita mencari bekalan untuk akhirat yang pasti..jadi janganlah kita leka dengan pinjaman yang sementara ini..
sedarlah kita insan biasa..ke mana pom kita..sekaya mana pom kita..sehebat mana pom kita..
kita hanya insan biasa..yang kembali kepada PENCIPTA kita jua akhirnya..


inilah sebenarnya hakikat sebuah pengembaraan dalam kehidupan kita dalam menuju akhirat yang pasti....
sama kita muhasabah diri dalam kita mencari lembayung redha ILLAHI..~~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan