Jumaat, 10 Januari 2014

> Definisi C.I.N.T.A

Apa salah pada Cinta ??
Adakah Islam mengaharamkan Cinta ??

Allah S.W.T berfirman dalam surah Yaasin ayat 36 yang bermaksud :

" Mahasuci Tuhan, yang telah menciptakan semuanya berpasang-pasangan, baik dari apa yang      ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka sendiri, mahupun dari apa yang tidak mereka ketahui.."

Tidak salah pada percintaan..
yg salah pada kemaksiatan..
bercintalah kerana allah..
cintaNya ke syurga..
jangan bercinta kerana nafsu semata..
cinta menghumban ke neraka..

tp apa hakikat Cinta ummat Islam di Malaysia ??
cinta kita cinta ke neraka..
sebulan...2500 anak luar nikah dilahirkan..
sehari...84 bayi dilahirkan..
tanpa sah taraf..
setiap 18minit satu bayi dilahirkan..
kerana ZINA..

jika inilah definisi cinta..
Haramkan saja Cinta itu..
jika benar ia Cinta..
mengapa ia ke neraka ??
jika benar ia cinta..
mengapa ia bergelumang dgn dosa ??
jika benar ia cinta..
mengapa kita semakin jauh drpd pencipta ??

wahai anak bangsa..!!
ummat islam malaysia..
kembalilah kepada fitrah cinta yg sebenar..

Berkata ulama' :

" jangan kamu mencintai mereka yg mampu meninggalkan Allah..
kerana mereka juga mampu meninggalkan kamu.."

carilah cinta Allah, sebelum kamu mencari jodoh..
inshaallah, kamu akan ketemu jodoh kamu..

Fahamilah doa Syed Qutb..

" Ya Allah, jika aku jatuh cinta,
cintakan aku kepada org yg mencintaiMu,
agr bertambah cintaku kepadaMu..

Ya Muhaimin, jika aku rindu,
rindukanlah aku pada hambaMu,
yg rindukan syahid di jlnMu..

Ya Allah, jika hambaMu ini jatuh hati,
Jatuhkan hati kpd org yg menjaga hubungan dgnMu, Ya Allah,
supaya hati ini tidak Mati..

Ameen, Ya Rabbal Alamin.."


#RahmatIkhsanMohamadSofyan
#sayaDaieBukanMufti
#PencetusUmmahFinal

boleh saksikan bicara PU Rahmat di sini..inshaallah..mana yg bermanfaat, kongsikan bersama..
https://www.facebook.com/photo.php?v=622266931144362&set=vb.202424719795254&type=2&theater

~ Sungguh hati ini tertarik pada isi yg dismpaikan oleh PU Rahmat..
sungguh hari ini, masyarakat dunia terutamanya Ummat Islam lalai mengingatiNya kerana definisi CINTA ini..
Allahu Allah..Rahmatilah kehidupan kami..di dunia dan akhirah..
Wallahu'alam..
#mogaAllahRedha..
#KamiDaieBukanMufti..

PerJUangAN.. :)

Kadang kadang,
Mehnah perjuangan oleh yang menetang,
Lebih mudah dihadap iman,
Tapi tidak jika perasaan,
Yang kita perlu korbankan..

Kalaulah tiap-tiap jalan juang,
dihiasi keindahan sepanjang jalan,
atas kejayaan tanpa pengorbanan,
Pasti menggembirakan,
Sekalian pencinta kebenaran..

Perjuangan menuntut keletihan,
Selain perlu pengorbanan,
Perbuahan menuntut kesabaran,
Selain perlu kefahaman,
Kerana syurga tuntut,
Istiqamah dan keikhlasan..

Alangkah sekiranya,
Mereka ketahui betapa,
Islah yang dicita-cita,
Bukanlah berselisih antara jiwa,
Bukanlah jua mencabar kaum lama..

Kalaulah mereka sudi mnedengar..
Walau sebaris kata..


karya oleh :
Akh Marwan Bukhari 
#marbu (Smkatj)
8 mei 12


Isnin, 6 Januari 2014

#MasihiYgBertandang..

bismillah walhamdulillah..
allah..allah..rindu ingin berbicara pada dinding Qolbi ini..
Alhamdulillah..Allah hadiahkan kesempatan utk mencoretkan sesuatu pd diari Qolbi ini..

tanpa disedari..masa begitu pantas berlalu..
detik waktu berjalan..bagai tiada henti..
allah..tidak ku sedari 2013 sudah berganti 2014..
terasa bagai baru semalam bermain2 dengan angka 13 itu..
ini tanda Akhir Zaman sedang mendatang..

Rabbi..2013 Masihi..
taun yg Allah uji dengan bermacam-macam dugaan..
banjir disana..fenomena ikan naik ke darat..salji di Mesir..
ini tak lagi masuk bab2 siasah..bab2 politik..
kalo bercakap pasal politik, kompem xtido malam nih..hehe..
cukup dgn cerita himpunan TURUN 31 Dis 2013 lepas..
menyaksikan kebangkitan rakyat..
menanti saat pertukaran takhta pentadbiran negara kepada selayaknya..inshaallah..one fine day.. :)
#keepPraying&Fighting..

2013 Masihi..
bermacam-macam peristiwa yang terjadi dalam hidup diri ini..Allah..
Ada suka..Ada duka..Ada tawa..Ada tangis..
itu sudah lumrah kehidupan..bergelar sang PEjuang..
#Tarbiyyah #Siasah #Dakwah ----> Mardhatillah <----
Ya Rabii..tetapkan daku pd jalanMu ini..
thabatkan daku dlm meraih Cinta & RahmatMu..

selusuri alam 2014 Masihi..
sedar tak sedar..semester 3 sedang meninggalkan diri..
semester4 sedang menanti hari..
mood sekarang masih dalam #FinalExam..
tp, Alhamdulillah DIA sempatkan daku pd hari ini..
untuk menjenguk..lalu menggodek-godek diari hari ini..

Allah..
feeling fighting for two papers left..
Rabbi yassir wala tu'assir..
nothing much to say already..
masih ad yg terbuku di hati..
nak luahkan dalam coretan nih ..
tp, He know the bez..
maybe that is not the right way for me to write..
Rabbi..give me Strong..Make me Strong..

#rindukanTaujihadDariKamu,Dia&Kalian..
#rindukanKalamTarbiyyahLillah..
#Allah..peluklah diri ini..

akhir kalam..
bicara ini kerna Dia..
mengharap secebis redha & rahmatNya..
menanti kasih & cintaNya..

**mood : Bintang Syurga..tribute buat pejuang-pejuang yg sudah menemui syahid..yg sudah bertemu Pencipta dulu daripada kami..Allah..sungguh mati itu peringatan buat daku, dia & mereka..
pimpinlah kami,Rabbul Izzati..><

selamat menghayati..~~
sungguh mendambakan syahid Illahi..:(
https://www.youtube.com/watch?v=rbDeDzUEEGA