Rabu, 3 April 2013

SAHABAT+PERJUANGAN

BISMILLAH WALHAMDULILLAH....
segala puji dan syukur dilafazkan pada pemilik bumi ini serta nabi pesuruhNya....

sudah lama entri di blog ini usang dan sepi tanpa kalam pena dan bicara empunya diri..namun,alhamdulillah pada malam ini mendapat peluang dan ruang daripadaNya yg Maha Kuasa utk menconteng dinding diari hati ana ini...in shaa allah..dgn lafaz bismillah,ana ingin meninggalkan sesuatu di entri ana pd malam ini...moga allah permudahkan...=)

alhamdulillah..bicara ana mulakan...
bait-bait puitis ana nukilkan..
istimewa buat dikau seorang..
sebagai tanda kasih dan sayang..

duhai insan..yang ku gelar 'Sahabat'..
namamu terpahat indah di relung jiwa ini..
perkenalan denganmu tidak pernah diduga..
siapa sangka..aturan Illahi itu sungguh indah..
mengenalimu satu rahmat buat diri ini..
mengenalimu mengingatkanku hakikat kehidupan ini..
di kala diri terkontang tidak punya arah tuju..
allah hadirkan dikau penyeri hati..
bersama-sama menuju gerbang cinta Illahi..
melangkah dan terus melangkah..
mencari hakikat sebenar sebuah perjuangan..
berlandaskan matlamat yg satu itu..

Sahabat yang kusayangi fillah..<3
ingatkan daku andai ku terlupa..
pimpinlah daku andai ku tersasar..
kembalikan daku pd Illahi andai ku tersesat..
Sahabat ku fillah..
namamu terpahat di hati..
keranamu ku kenal erti perjuangan yg sebennarnyaa..
bimbinglah daku,duhai sahabat..
kerana daku sentiasa lalai dan leka..
kerana daku insan biasa..
kerana daku tak terlepas dari dosa..

YA RABBI..
tautkan hati-hati kami di bwh lembayung rahmatMu..
bimbinglah diri kami menuju syurgaMu..
tetapkanlah langkah kaki kami dlm jln perjuanganMu..
satukanlah kami dengan rahmat dan magfirahMu..
Allah..peliharalah diri-diri kami..
dengan sebaik-baik peliharaanMu,rabbi..


~ dedikasi buat semua sahabat2 ana fillah..daripada saat lahir ke dunia hingga lah sekarang..kalianlah sahabat sumber inspirasi hati,,penguat diri,,penawar hati..in shaa allah..=)


p/s: sebelom karangan ini bertemu titik..suka untuk ana mengucapkan sanah helwah sahabatku syg,Nurul Huda Zawawi a.k.a along comeii di Bumi Murobbi..hee..dear,moga sentiasa bahagia walaupun sedang berduka..moga sentiasa tersenyum walaupun sedang bersedih..kerana kita milik Allah..redha dan pasrah dengan setiap ujian cinta buatNya..ringht,dear??syg enti krn allah...<3

maka..bertemu sudah titik penghujungya..in shaa allah..lain kali bersua lagi dengan izin dariNya..=)
to all...ana uhibbukum fillah...

# bersahabat.hingga.syurga #