Rabu, 28 Mei 2014

#ProjekContengConteng

Bismillahirrahmanirrahim..

Kalam puisi cinta Illahi..
Kumulakan dengan bait-bait indah..
Dalam deru nafas mengatur langkah..
Mencorak diri mengubah warkah..
Coretan hidup ini kerana Lillah..
Mengharap tiada rebah, tiada lelah..
Mengharung cebisan-cebisan hidup dengan pasrah..

Duhai Rabbi..
Kemanisan hidup itu keinginan fitrah insani..
Namun, bukan mudah untuk menggapainya..
Kerana hakikat diri..
Bukanlah seperti yang dimimpi..
Melalui lorong-lorong sepi..
Menelusuri pahit manis lorong sunyi ini..

Rabbi..
Terkadang iman terasa goyah..
Terkadang ada bisikan-bisikan lemah..
Terkadang jiwa terasa gundah..
Terkadang hati menangis pasrah..
Kerana hakikat jiwa rindukan kekuatan..
Kerana hakikat diri dambakan ketenangan..
Kerana hakikat hati inginkan……..
Ceritera suka duka alam PERJUANGAN..
Menjadi nashkah cinta untuk KENANGAN..
Menjadi warkah rindu buat IMAN..
Yang sedang membilang waktu..
Yang sedang menghitung hari..
Meniti hari-hari akhir pemergian..
Mengisi saat-saat akhir perpisahan..
Allahurabbi..

Ya Illahi..
Titipkanlah titis-titis doa penuh pengharapan..
Buat mereka yang sedang mengatur langkah..
ke pentas dunia sebenar..
ke arena dunia luar..
Agar aku, dia dan mereka terus kekal..
Dalam jalan pilihanMu ini..


#MogaAllahRedha 
#ProjekContengConteng
#MenujuHidupCintaBertuhan

Nukilan,
*NHAW2108*
[ContenganDindingQalbi]