Selasa, 15 Disember 2015

S.A.H.A.B.A.T

Bismillah walhamdulillah..
Puji dan syukur ku panjatkan ke hadrat Illahi, dengan limpah kurnia dan rahmatNya, diri ini masih bisa bernafas hingga ke detik ini.. Selawat dan salam ke atas Baginda Nabi S.A.W..

Sekian lama contengan dinding ini menyepi.. berhabuk.. sunyi.. sepi..
Hari ini, DIA kurniakan kesempatan untuk diri ini melakar sesuatu pada dinding hati ini..

SAHABAT..

Siapa sahaja yang tidak punya sahabat.. Pasti semua kita mempunyai paling kurang seorang yang bergelar sahabat.. Sahabat.. manis ditutur pada bibir.. Namun, terkadang ada jua rasa pahit yang menjengah..

Syarat dalam bersahabat..
Bilamana kita mempunyai lebih daripada seorang sahabat yang berdamping dengan kita, sayangilah mereka dengan seadanya dan seadilnya.. Jangan pernah membeza-bezakan kasih dan sayang kepada sahabat-sahabat sekeliling kita.. "Allah mengetahui sedang kita tidak mengetahui.."

SAHABAT
Seluruh kasih daripada hati,
Dikongsi dan diberi,
Kepadamu insan yang senantiasa bersemi,
Pada jiwa ini..

SAHABAT
Hari ini,
Hati ini terguris,
Karna secebis perilakumu,
Menggores luka pada jiwa,
Sedang kamu tidak mengetahui..

SAHABAT
Kasih sayang tidak boleh dijual beli,
Tidak jua boleh ditukar ganti,
Kasih ini daripada Illahi,
Diri ini cuba menjadi yang terbaik,
Namun apakan daya,
Bukan itu yang dirimu mahukan..

SAHABAT
Tidak banyak yang kupinta,
Cukuplah memahami hati ini sekadarnya,
Karna bimbang 'ukhuwah fillah' yang,
Senantiasa dilaung-laungkan,
Pudar rasanya pabila,
Masanya tiba..

SAHABAT
Pesan ku padamu,
Kita tidaklah sempurna dan sama,
Di mata semua,
Namun ia bukanlah sebab,
Untuk dikau membeda-bedakan,
Kasih yang terjalin antara kita,
Terima kasih untuk segalanya..

#biarkanHatiBerbicara

*Nukilan Senja : Cahaya2108*





Rabu, 30 September 2015

Tulang Rusuk Dia

Bismillah walhamdulillah.. Setelah sekian lama menyepi, Allah memberikan sedikit ruang untuk contengan ini kembali berpena..

Segala puji dan syukur bagi Allah S.W.T, Tuhan semesta alam.. Dan pada junjungan Nabi S.A.W, pesuruh Allah.. Pena contengan Dinding Qolbi kembali menemukan tuannya..

Alkisah seorang puteri yang telah selamat mendirikan bahtera rumahtangga .. Selangkah maju ke hadapan dalam kalangan kami.. huhu.. Alhamdulillah.. ALANG... Speechless.. marvellous.. semua less2 ada.. haha.. Pertama kali menerima khabar itu, Allah.. Alang bakal menemukan pemilik tulang rusuknya.. Tapi lagi xpercaya sebab husband die, kami kenaii.. adoiii.. toing3.. Alang yang ke5 dlm AB kiter, tapi Alang mendahului yang lain.. Ahaa.. Alang da langkah bendul lima kakak,. hihihi..

Alang.. Alhamdulillah selamat sudah menjadi penyeri dan suri di hati seorang suami.. Tanggal 24 September 2015, Allah mengatur kesemuanya dengan indah.. Alhamdulillah di dalam kesempatan itu, diri ini mampu dan DIA izin hadir menemani alang, dari saat lafaz akad hingga kenduri di sebelah lelaki.. Alhamdulillah.. Thumma Alhamdulillah.. Niat anje Allah kabulkan.. Menemani alang dari mula detik hingga akhirnya.. Maafkan segala khilaf kami waktu berada di samping Alang.. Moga Allah redha semuanya.. Inshaallah..

Kami bahagia tengok alang tersenyum gembira.. >,<

Sedikit coretan dan contengan buat Alang.. Sebenarnya nak karang sebelum jadi zaujah.. hehe.. Tapi anje xberkesempatan.. Terimalah dengan sepenuh rasa.. Lakaran dari hati seorang sahabat pada seorang sahabat.. huu.. ><

Kisah dia, seorang sahabat..
Sudah selamat bergelar zaujah..
Terasa pantas masa berlalu..
Meninggalkan kenangan demi kenangan..
Melakar memori demi memori..
Agar tersemat kukuh hingga penghujung waktu..

Sahabatku sayang,
Sudah masa dikau bergelar seorang isteri,
Sudah masa dikau menjadi penyeri di hati suami,
Namun,
Perhubungan dan ikatan kita,
Kuharap senantiasa bersemi,
Menjadi peneman di kala sunyi,
Menjadi senyum dan tangis,
Menemani dirimu di malam hari..

Sahabatku sayang,
Kenangan yang terukir di antara kita,
Tetap akan menjadi yang termanis selamanya,
Kerna Dia menjadikannya begitu,
Kerna kita menginginkannya begitu,
Kerna juga antara kita ada satu ikatan,
Yang terbina dari awal perkenalan,
Dan harapannya kekal hingga hujung nyawa..

Melakar memori antara kau, aku dan kita semua..
Terpahat indah hingga ke Syurga..

"heningnya sunyi suasana, 
lafaz sakinah bermula,
apa rasa di terjemah hanya,
sebak abah tangis ibunda.."
~Saat lafaz Sakinah~


p/s : Alang dan suami..
Moga rumahtangga yang terbina beroleh sakinah, mawaddah warahmah..
Moga bahagia dan kekal hingga ke Jannah.. Inshaallah.. Kami doakan kalian dari kejauhan..
Berharap tiada renggang antara kita.. Teruskan memburu Mardathillah..
Dalam saat bahtera belayar.. Menempuh mehnah dan tribulasi,,
May Allah ease everything.. Inshaallah..
Fii Hifzillah.. :-)










~ biarkan gambar berbicara.. Sayang kalian kerana Allah..
Alang, jujur ada rasa sayu di hati.. :'(
Selamat menempuh alam rumahtangga..
Bertemu berpisah keranaNya..
#setiaHujungNyawa..

~nhaw2108..







Ahad, 24 Mei 2015

K.I.T.A SAHABAT Selamanya

"Contengan Dinding Qolbi kembali menemukan tuan nya.."

Segala puji bagi DIA Sekalian Alam dan Nabi S.A.W pesuruhNya.. Setelah sekian lama berhabuk, dinihari ini dengan izinNYa, Dinding Qolbi kembali untuk mencoretkan rasa di hati..

Sedang dalam meniti hari-hari yang makin berlalu pergi, detik-detik kecemasan ini pula dipenuhi dengan tugasan dan Assignment yang masih menunggu giliran.. terdetik di hati, begini rupanya pejalanan hidup Sang Pejuang pada semester enam.. dulu, mereka yang merasai.. dan sekarang tibalah detik kita yang memahami..

Usai berlabuhnya tirai pertandingan robotik senja tadi, terangkat satu tugasan.. and Now, fokus pada yang seterusnya.. Di ketika diri sedang sibuk menguruskan pertandingan, kalian Allah izin bertemu dan bersua.. Dan JUJUR, ada rasa cemburu menyapa di hati.. Namun begitu, sudah ketetapanNya untuk menjadikan begitu aturan n percaturannya..

Dua hari fokus hanya pada robotik, tanpa sempat menjenguk muka buku.. Dua hari berlalu dengan hanya memikirkan robotik, tanpa sempat memberi sokongan dan dokongan pada program AMC,, Allah, ampuni daku.. dan dinihari ini, Allah izin mukabuku dibuka.. dan, cantek aturanNya.. Hati-hati sahabat yang sedang saling merindui yang pertama menyapa pandangan mata .. Terus menggetarkan rasa di hati ini..

Kalian yang kukasihi kerana Allah,
Hakikat kehidupan makin kita tempuhi,
Hari demi hari makin berlalu,
Detik demi detik sedang berjalan,
Sedang kita tidak sedari,
Ukhuwah ini pasti teruji,
Dengan ungkapan perpisahan,
Terasa seperti tidak sanggup menghadapi rasa itu,
Rabbi kekalkan lah ikatan ini hingga ke Jannah

Sahabat fillah,
Pertemuan dan perkenalan kita tanpa diduga,
Kerana DIA yang mengkehendakiNya,
Namun begitu,
Jangan kita lupa,
Bertemu dan berpisah kita adalah keranaNya..

Kalian yang kusayangi kerana Allah,
Saat ini bakal ditempuhi oleh kita semua,
Bukan semudah menutur kata,
Bukan semudah mengeluarkan bicara,
Karna pasti di akhirnya,
Hanya kaca-kaca jernih yang mempamerkan rasa,
Dan sungguh hakikat itu,
Hanya kita yang akan saling menuntaskan rasa di jiwa..

Hidup penuh onak dan duri.. Tetap terus tegar kala yang lain lemah.. Tetap terus istiqamah kala yang lain berguguran.. Tetap terus tembakkan doa di kala yang lain makin rebah.. Yakin dan percaya pada hikmah yang tersembunyi.. Kerana sebaik-baik Perancang dan Pengatur adalah DIA yang Maha Kuasa.. Dan kita pada akhirnya hanyalah H.A.M.B.A..

Nukilan Qolbi,
~nhaw2108~

Selasa, 20 Januari 2015

Cebisan Kenangan

~Kehilangan Yang Menghidupkan~

Rentetan pemergian seorang pemuda pilihan Allah. Tanpa sepatah kata atau pamitan, ajal datang menjemput beliau..

Memasuki hari ke4 pemergian beliau ke alam baqa’ buat selamanya. Salam takziah buat seluruh ahli keluarga beliau. Yang mungkin perit dan sayu menerima hakikat sebuah kehilangan anakanda tercinta, pergi mendahului mereka.

Bagai terkesan di hati, bilamana mendengar perkhabaran duka ini. Biarpun begitu, sentiasa cuba menyakini hikmah yang DIA aturkan untuk kehidupan ini.

Hari ini, dikhabarkan bahawa beliau yang pergi, merupakan salah seorang penyokong keluarga besar Mahasiswa Pendidik. Allahurobbi. Runtun rasa di hati. Sebak menyapa diri. Hakikat sebenar bilamana bergelumang dengan keluarga MP, hanya orang-orang yang merasai, akan merasai. Namun, beliau sanggup menaruh apa sahaja daya beliau buat sahabat yang bertanding tempoh hari. Bagaikan mengerti inilah peluang teakhir untuk beliau meninggalkan kenangan buat teman-teman di sisi.

" Dialah yang menciptakan kamu dari tanah, kemudian Dia menetapkan ajal (kematianmu), dan batas waktu tertentu yang hanya diketahui olehNya......." -Al An'am : 02-

Bukan mudah menerima perkhabaran duka ini. Terutamanya insan-insan yang rapat dengan diri beliau. Perginya sekelip mata. Lemas akibat bermain kayak, asbab yang nyata. Namun, kita sebagai Muslim, wajib percaya pada Qada' dan QadarNya.

" Tiap-tiap yang bernyawa, pasti akan merasakan mati, Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya) dan hanya kepasa Kami lah kamu akan dikembalikan." -Al Anbiya':35-




-credit to sahabat beliau-


-semangat yang dikau tinggalkan buat kami, untuk diteladani oleh manusia sekeliling..
di sebalik maskot itu, jasamu akan dikenang hingga ke akhir..Allah-


Wahai Amirul Haqim Ishak,
Damailah dikau di alam sana,
Pemergian dikau memberi kami 1001 rasa dalam diri,
Kehilangan ini mengajar kami sesuatu yang hakiki,
Kenangan kita bersama,
Sewaktu berjuang di Pilihanraya Kampus tempoh hari,
Akan kami jadikan azimat,
Untuk masa yang mendatang,
Semangat yang dikau tonjolkan,
Kami akan pastikan ia menjadi panduan,
Buat pelapis-pelapis di medan perang..

Wahai Amirul Haqim Ishak,
Tenanglah dikau di sana,
Biarpun pada hakikatnya,
Kita tidaklah saling mengenali,
Namun jiwa besar yang dikau tinggalkan buat kami,
Menjadi satu kenangan untuk kami,
Untuk terus mengenang jasa yang dikau taburkan,
Kami redha atas pemergianmu,
Karna kami tahu,
Sudah waktu dirimu bertemu Yang Satu,
Doa kami mengiringi dikau..

Duhai Rabbi,
Peliharalah sahabat kami ini,
Cucurilah rahmat dan maghfirahMu buat beliau,
Sesungguhnya kami menjadi saksi,
Atas pengorbanan yang beliau lakukan buat kami,
Sesungguhnya kami merasa kehilangan,
Karna beliau yang pergi seorang yang berjiwa besar..

Duhai Rabbi,
Ini saat pengakhiran nafas dia,
Redha kan segala apa yang dia pernah lakukan,
Kami mengangkat tangan padaMu, Ya Rabb,
Berkatilah hidup sahabat kami, Amirul Haqim Ishak,
Sepanjang nafas beliau di bumiMu ini..



-Dalam Kenangan : MAHI 19912015-
-Al fatihah-

Ahad, 18 Januari 2015

Sedetik Perkenalan

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, masih berkesempatan mengupdate blog yg agak berhabuk ini..
Entry kali ini, khusus buat dikau ukhti, penyejuk mata penyeri hati..
Bermulanya sebuah perhubungan bernama Ukhuwah antara kita..penyatuan di dalam keluarga IMAN..Allah..mana mungkin mampu untuk aku melihat pemergian dikau ke sana..

Biarpun detik-detik indah kita bersama itu, hanya sementara cuma..Namun, ianya sangat memberi kesan..Ukhti, daku redha dengan ketentuanNya..

Ukht fillah,
Pergilah dikau berjuang..
Memenuhi tuntutan seorang insan..
Dengan jiwa pendidik yang sarat..
Dikau tiupkanlah roh pejuang..
Ke dalam diri para mujahideen..
Agar satu hari nanti..
Lahirlah para mujahid-mujahid..
Di bumi sana..

Ukht fillah,
Dalam meniti titian usang..
Mencangkir cebisan2 kenangan..
Untuk dinukilkan menjadi kalam ingatan..
Antara kita benar tiada perbezaan..
Antara kita nyata wujud persamaan..
Kita ialah insan..
Terpilih dan dipilih oleh Dia Maha Penyanyang..
Untuk saling memberi kekuatan..
Dalam arus menongkah kehidupan..
Terus melangkah dalam gelap perjalanan..
Demi engkau bernama perjuangan..
Dalam lelah mengejar cinta Tuhan..

Ukht fillah,
Selamat berjuang..
Biarpun di bumi mana kita di campak..
Yakinlah dengan janji dan hikmah..
Karna Si DIA lebih Mengetahui..
Tiap-tiap sesuatu yang terjadi..

#Kakak manis,, Moga sentiasa diberi kekuatan, dilapangkan jiwa, dalam meniti liku-liku sebenar, sebagai seorang pendidik dan juga bakal murobbi buat adik-adik di madrasah sana..Inshaallah..

#Kakak cantik.. Moga hubungan dan ukhuwah antara kita x goyah dan x kan putus, kerna kita saudara satu akidah..Inshaallah.. Jangan lupa kami di sini.. Kami doakan setiap langkah kaki kakak menuju ke medan jihad.. Biiznillah..

#Sampai ketemu lagi.. Maaf segala salah n silap sepanjang kita berkenalan.. Moga Allah redha segalanya.. Sayang kakak manis ketat-ketat..

**dengan bismillah, pejuang melangkah**
**sudah sunnah orang berjuang**
**mogaTerusIstiqamah
**WillMissU**JagaDiri,kak