Selasa, 15 Disember 2015

S.A.H.A.B.A.T

Bismillah walhamdulillah..
Puji dan syukur ku panjatkan ke hadrat Illahi, dengan limpah kurnia dan rahmatNya, diri ini masih bisa bernafas hingga ke detik ini.. Selawat dan salam ke atas Baginda Nabi S.A.W..

Sekian lama contengan dinding ini menyepi.. berhabuk.. sunyi.. sepi..
Hari ini, DIA kurniakan kesempatan untuk diri ini melakar sesuatu pada dinding hati ini..

SAHABAT..

Siapa sahaja yang tidak punya sahabat.. Pasti semua kita mempunyai paling kurang seorang yang bergelar sahabat.. Sahabat.. manis ditutur pada bibir.. Namun, terkadang ada jua rasa pahit yang menjengah..

Syarat dalam bersahabat..
Bilamana kita mempunyai lebih daripada seorang sahabat yang berdamping dengan kita, sayangilah mereka dengan seadanya dan seadilnya.. Jangan pernah membeza-bezakan kasih dan sayang kepada sahabat-sahabat sekeliling kita.. "Allah mengetahui sedang kita tidak mengetahui.."

SAHABAT
Seluruh kasih daripada hati,
Dikongsi dan diberi,
Kepadamu insan yang senantiasa bersemi,
Pada jiwa ini..

SAHABAT
Hari ini,
Hati ini terguris,
Karna secebis perilakumu,
Menggores luka pada jiwa,
Sedang kamu tidak mengetahui..

SAHABAT
Kasih sayang tidak boleh dijual beli,
Tidak jua boleh ditukar ganti,
Kasih ini daripada Illahi,
Diri ini cuba menjadi yang terbaik,
Namun apakan daya,
Bukan itu yang dirimu mahukan..

SAHABAT
Tidak banyak yang kupinta,
Cukuplah memahami hati ini sekadarnya,
Karna bimbang 'ukhuwah fillah' yang,
Senantiasa dilaung-laungkan,
Pudar rasanya pabila,
Masanya tiba..

SAHABAT
Pesan ku padamu,
Kita tidaklah sempurna dan sama,
Di mata semua,
Namun ia bukanlah sebab,
Untuk dikau membeda-bedakan,
Kasih yang terjalin antara kita,
Terima kasih untuk segalanya..

#biarkanHatiBerbicara

*Nukilan Senja : Cahaya2108*