Rabu, 8 Oktober 2014

#SecangkirRasa#DariJiwa#

" Karna aku bukan siapa-siapa,
Karna engkau yang berkuasa,

Jangan engkau lupa,
Aku insan biasa,

Yang punya rasa,
Aku belajar menidakkan rasa,
Namun, kira aku seorang yang berusaha,
Dan hakikat engkau masih di takuk yang lama,
Nantikan pengakhiran cerita kita,

Aku atau engkau,
yang tetap terluka dan merana,
Atau,,
Kita akan ketawa gembira bersama,

Penghujung itu ...
Berakhir ceria..
Atau berakhir duka ..
Semuanya masih lagi rahsia "

#Rabbi, ajarkan aku erti REDHA#
MakeMeStrong

Isnin, 30 Jun 2014

BicaraJiwa


tatkala diri nekad memasang niat..
agar kaki tetap meneruskan langkah..
siapa sangka..DIA ingin menguji..
terkadang DIA hadiahkan sesuatu yg tak kita duga..
terkadang DIA ingin menguji dengan sesuatu yg tak kita sangka..

Allah..pedihnya rasa..
bermula detik itu..Kau hadiahkan ujian ini buatku..
aku terima dengan pasrah, dalam kepayahan..
walaupun pada hakikatnya..
berat untukku memikulnya..

Rabbi,,
maafkan daku, andai aku dilihat seperti tidak redha pada takdirMu..
maafkan daku, andai aku dilihat seperti tidak bersangka baik dengan aturanMu..
maafkan daku, andai aku dilihat seperti tidak pasrah dengan ujianMu..
kerana aku terkadang tidak mampu..
kerana aku terkadang tidak kuat..
Allah..Engkau sebaik-baik Pendengar..
Dengarkan daku, Ya Allah..

Pinjamkan aku sedikit kekuatan..
Agar aku bisa terus bertahan..
Dalam segenap kepayahan..
Mencari dan membina kembali tembok kekuatan..
Mencantum semangat dan sisa-sisa keyakinan..
Kuatkan aku, Rabbi..
Hanya padaMu tempat ku bergantung harap..

*MyHeartWasHurt*

*IAmNotEnoughStrongPersonToFaceAllThis*
*INeedTimeToAcceptAllThis*
*JuzKeepPrayingForMe*
*IAmSorryForEverything*
*ItsHurtMeSoMuch*
#Allahuraobbi..

*GiveMeStrong*
*MakeMeStrong*

~Allahummabaariklana Fii Ramadhan~

TintaJiwa
[1.04am//3Ramadhan]


Rabu, 11 Jun 2014

#One Night#One Moment#

Bismillah..

suatu ketika,
Di malam hari ..

" Setiap orang mempunyai hujan dalam hidup mereka,
Cuma lebatnya saja yang berbeza..

Dan ..

Setia orang mempunyai 'pelangi' dalam hidup mereka,
Cuma warnanya saja yang berbeza.."

nice quote..very deep tounch my heart..Allah..
#BeautyofLife..


*Enough..Juz Keep Praying..*

Dear Allah, permudahkan perjalanan hidup kami ini..Ameen..

~ sedang dalam fatrah FinalExam..maka selepas ini rasmi sudah berakhirnya semester4..terasa baru sahaja menjejakkan kaki di Bumi Murobbi ini..2 tahun sudah & sedang berlalu, 2 tahun masih menanti saatnya..sedang diri masih lagi tidak ketahuan..bagaimana ujian dan cabaran yang sedang mendatang..moga diri ini masih diberi kekuatan oleh DIA dalam menabur budi & bakti dalam alam Perjuangan ini..inshaallah..Biiznillah..

~ Dengan kuasaMu, Rabbi..
#Engkau mudahkan. Jangan sukarkan#

Rabu, 28 Mei 2014

#ProjekContengConteng

Bismillahirrahmanirrahim..

Kalam puisi cinta Illahi..
Kumulakan dengan bait-bait indah..
Dalam deru nafas mengatur langkah..
Mencorak diri mengubah warkah..
Coretan hidup ini kerana Lillah..
Mengharap tiada rebah, tiada lelah..
Mengharung cebisan-cebisan hidup dengan pasrah..

Duhai Rabbi..
Kemanisan hidup itu keinginan fitrah insani..
Namun, bukan mudah untuk menggapainya..
Kerana hakikat diri..
Bukanlah seperti yang dimimpi..
Melalui lorong-lorong sepi..
Menelusuri pahit manis lorong sunyi ini..

Rabbi..
Terkadang iman terasa goyah..
Terkadang ada bisikan-bisikan lemah..
Terkadang jiwa terasa gundah..
Terkadang hati menangis pasrah..
Kerana hakikat jiwa rindukan kekuatan..
Kerana hakikat diri dambakan ketenangan..
Kerana hakikat hati inginkan……..
Ceritera suka duka alam PERJUANGAN..
Menjadi nashkah cinta untuk KENANGAN..
Menjadi warkah rindu buat IMAN..
Yang sedang membilang waktu..
Yang sedang menghitung hari..
Meniti hari-hari akhir pemergian..
Mengisi saat-saat akhir perpisahan..
Allahurabbi..

Ya Illahi..
Titipkanlah titis-titis doa penuh pengharapan..
Buat mereka yang sedang mengatur langkah..
ke pentas dunia sebenar..
ke arena dunia luar..
Agar aku, dia dan mereka terus kekal..
Dalam jalan pilihanMu ini..


#MogaAllahRedha 
#ProjekContengConteng
#MenujuHidupCintaBertuhan

Nukilan,
*NHAW2108*
[ContenganDindingQalbi]

Selasa, 22 April 2014

#UkhuwahSemanis #Pentagon's Gurlz

bismillah walhamdulillah..selawat dan salam ke atas junjungan besar Baginda Nabi S.A.W..

Allah..lama sudah tidak di update coretan hati ini..moga masa yg berlalu disumbangkan kepada sesuatu yang bermanfaat..inshaallah..rindu menjengah untuk kucoretkan sesuatu pd dinding ini setelah hampir sebulan menyepi..Alhamdulillah dengan izinNya,,dalam kesibukan assignment yang menjengah xkunjung malap, ingin daku meninggalkan sesuatu pd coretan dinding kali ini..

22 April 2014..bersamaan 22 Jamadilakhir 1435Hijrah..Alhamdulillah..di satu ketika dlu lahir seorang bayi perempuan di nogori Kelate sane..huk3..<3 "KAKNGAH" Selamat Hari Tua a.k.a Sanah Helwah..hee..k.ngah da tua..krik3..jange maroh naa..syg k.ngah ketat2..

my first wish utk k.ngah, dik ucu nukilkan warkah utk k.ngah..huk3..;)
syukran untuk halawatul ukhuwah selama hubungan kita terbina..Alhamdulillah..siapa sangka, Tarikh Keramat kita pada hari yg sama.."Kak Chik" pom same gk kn?? huk3..dan Alhamdulillah ukhuwah yg terjalin hingga harini..daripada kita x yg saling mengenali, bukan siapa2, n hari ni Allah bg hadiah semanis ni utk Dik Ucu..
~Kak Ngah & Kak Chik~ uhibbukum fillah daiman abadan abda..Dik Ucu xpernah sangka akn dapat dua org kakak yg very sempoi, cun, gler2 dll..hik3..n this is my IC&DG yg very OSEM..uolls r my siblings dunia akhirah..inshaallah..


notes : kak ngah & kak chik..please dont forget me..i need ur advice n ur guidence..i need ur strength..please dont leave me alone..i'm not enough strong to face all this alone..Allah..will miss both of u for a long time after this..

#kak chik & kak ngah#
biarpun makin hari, kita makin berjauhan..
biarpun makin hari, kita makin tidak memandang..
biarpun makin hari, kita makin kurang bertegur sapa..
tetaplah menyemai rasa syg & cinta yg dipandu ini..
tetaplah membenih baja2 kasih yg tercipta ini..
tetaplah menyubur tautan hati yg lahir krnNya ini..
tetaplah membuai rasa rindu yg wujud di jiwa ini..
ketahuilah duhai ukhtiku,
Kalian sungguh istimewa di hati ini..
Inshaallah keranaNya semata..

Allah..terasa Hari Istimewa itu semakin menghampiri..
tidak terbayang untuk berpisah dengan kalian..
duhai ukhti, jagalah adikmu ini..
kerana daku tidak kuat tanpa kalian..
Allah..peliharalah kedua-dua org kakakku ini..
limpahkan rahmat & maghfirahMua buat mereka..
seiring tiap langkahan kaki mereka di jalanMu ini..

#perjalanan ini terasa semakin sukar..duhai Rabb..permudahkan lah kami..Dunia & Akhirat..
#Dakwah&UkhuwahMestiBersatu..
#kakNgah&kakChik..DikUcuSygKalian
#MaafSalahSilap
#MogaAllahRedha