Sabtu, 13 Disember 2014

Musafir Seharian..


Bismillah..

Alhamdulillah..Thumma Alhamdulillah..
Berakhir sudah perjalanan musafir ke selatan tanah air..Bersama senior2 n sahabat2..


Tanggal 13 Disember 2014..Dalam kenangan..~
Moga kalian berbahagia hingga ke Syurga..

Izinkan diri ini mencoretkan tinta buat dikau, ukhti..
Yang kusayangi Lillah..
Sungguh, terasa bagaikan melepaskan seorang kakak sendiri ke pangkuan yang selayaknya..
Allahurobbi.. 

Allah..Tidak ku percaya..

Akhirnya, dikau bergelar seorang suri di hati suami..
Menjadi halal kepada empunya tulang rusuk mu..


Selama perkenalan kita,ukhti..
Banyak yang kupelajari..
Banyak yang kukagumi..
Dalam diam-diam, ku perhati..
Dikau salah seorang sumber inspirasi buat diri ini..
Tanpa disedari..
Sungguh, sukar untuk ku percaya..
Dikau sudah menjadi milik orang..
Dalam rela tak rela, aku melepaskan..
Walaupun pada hakikatnya,,
Kita bukanlah siapa-siapa..
Namun, tautan hati ini DIA yang izinkan..

Ukhti, Selamat menjadi SURI di hati SUAMI..
Jangan lupakan adikmu ini..
Terasa tak mahu melepaskan pelukan di tubuhmu tadi..
Terasa ingin mendakapmu terus..Allah..
Ada pilu menyapa di hati..
Berat ingin melangkah pergi..
Karna ku sedar,,selepas ini susah untuk kita bersua..
Karna dikau sudah menjadi milik orang..
Amanah dan tanggungjawab telah beralih arah..

Ukhti, di kesempatan ini..
Maafkan diri insan kerdil ini..
Karna hadirmu ke Bumi Murobbi tempoh hari..
Tidakku sambut dan layan sebaiknya..
Karna menguruskan gerakkerja di Bumi Murobbi..
Hingga hari akhirmu di sini,,
Kita tidak jua bersua..
Maaf..Maaf..Dan maaf..
Tidakku sengaja..

Ukhti, Alhamdulillah dalam kesibukan..
Menguruskan PERAK di Bumi Murobbi..
Akhirnya, DIA hadiahkan berita gembira..
Ada insan mengajak untuk ke walimah ukhti..
"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan ??"
Sungguh cantik dan indah aturanNya..
Jejak jua langkah kaki ini..
Ke walimah ukhti..

Ukhti, percaya atau tidak dirimu..
Saat ini..Detik ini..
Ada sesuatu yang bergenang di tubir mata..
Ada sesuatu yang mengalir sayu di pelupuk mata..
Entah kenapa, rasa sebak melihat dirimu..
Bagaikan melihat seorang insan melambai-lambai sayu..
Sungguh, berat rasa hati ingin melepaskan..
Namun, kusedar aku bukan siapa-siapa..
Aku redha dan terima seadanya..
Hanya doa dan harapan, mampu aku tembakkan dari kejauhan..

Ukhti, moga bahtera yang dibina..kekal hingga ke Syurga..
Moga menjadi yang terbaik untuk insan bergelar suami..
Ketahuilah dikau..
Sungguh, kasih dan sayang adikmu ini,,
Tidak berpenghujung..
Segalanya sentiasa menjadi kenangan terindah..
Buat dikau dan diriku..Inshaallah..
Ana sayang ukhti kerana Allah..<3







~MogaAllahRedha
~ contenganDindingQolbi
~ tinta hati NHAW2108 : 14 Dis 14 [1.45am]



Rabu, 8 Oktober 2014

#SecangkirRasa#DariJiwa#

" Karna aku bukan siapa-siapa,
Karna engkau yang berkuasa,

Jangan engkau lupa,
Aku insan biasa,

Yang punya rasa,
Aku belajar menidakkan rasa,
Namun, kira aku seorang yang berusaha,
Dan hakikat engkau masih di takuk yang lama,
Nantikan pengakhiran cerita kita,

Aku atau engkau,
yang tetap terluka dan merana,
Atau,,
Kita akan ketawa gembira bersama,

Penghujung itu ...
Berakhir ceria..
Atau berakhir duka ..
Semuanya masih lagi rahsia "

#Rabbi, ajarkan aku erti REDHA#
MakeMeStrong

Isnin, 30 Jun 2014

BicaraJiwa


tatkala diri nekad memasang niat..
agar kaki tetap meneruskan langkah..
siapa sangka..DIA ingin menguji..
terkadang DIA hadiahkan sesuatu yg tak kita duga..
terkadang DIA ingin menguji dengan sesuatu yg tak kita sangka..

Allah..pedihnya rasa..
bermula detik itu..Kau hadiahkan ujian ini buatku..
aku terima dengan pasrah, dalam kepayahan..
walaupun pada hakikatnya..
berat untukku memikulnya..

Rabbi,,
maafkan daku, andai aku dilihat seperti tidak redha pada takdirMu..
maafkan daku, andai aku dilihat seperti tidak bersangka baik dengan aturanMu..
maafkan daku, andai aku dilihat seperti tidak pasrah dengan ujianMu..
kerana aku terkadang tidak mampu..
kerana aku terkadang tidak kuat..
Allah..Engkau sebaik-baik Pendengar..
Dengarkan daku, Ya Allah..

Pinjamkan aku sedikit kekuatan..
Agar aku bisa terus bertahan..
Dalam segenap kepayahan..
Mencari dan membina kembali tembok kekuatan..
Mencantum semangat dan sisa-sisa keyakinan..
Kuatkan aku, Rabbi..
Hanya padaMu tempat ku bergantung harap..

*MyHeartWasHurt*

*IAmNotEnoughStrongPersonToFaceAllThis*
*INeedTimeToAcceptAllThis*
*JuzKeepPrayingForMe*
*IAmSorryForEverything*
*ItsHurtMeSoMuch*
#Allahuraobbi..

*GiveMeStrong*
*MakeMeStrong*

~Allahummabaariklana Fii Ramadhan~

TintaJiwa
[1.04am//3Ramadhan]


Rabu, 11 Jun 2014

#One Night#One Moment#

Bismillah..

suatu ketika,
Di malam hari ..

" Setiap orang mempunyai hujan dalam hidup mereka,
Cuma lebatnya saja yang berbeza..

Dan ..

Setia orang mempunyai 'pelangi' dalam hidup mereka,
Cuma warnanya saja yang berbeza.."

nice quote..very deep tounch my heart..Allah..
#BeautyofLife..


*Enough..Juz Keep Praying..*

Dear Allah, permudahkan perjalanan hidup kami ini..Ameen..

~ sedang dalam fatrah FinalExam..maka selepas ini rasmi sudah berakhirnya semester4..terasa baru sahaja menjejakkan kaki di Bumi Murobbi ini..2 tahun sudah & sedang berlalu, 2 tahun masih menanti saatnya..sedang diri masih lagi tidak ketahuan..bagaimana ujian dan cabaran yang sedang mendatang..moga diri ini masih diberi kekuatan oleh DIA dalam menabur budi & bakti dalam alam Perjuangan ini..inshaallah..Biiznillah..

~ Dengan kuasaMu, Rabbi..
#Engkau mudahkan. Jangan sukarkan#

Rabu, 28 Mei 2014

#ProjekContengConteng

Bismillahirrahmanirrahim..

Kalam puisi cinta Illahi..
Kumulakan dengan bait-bait indah..
Dalam deru nafas mengatur langkah..
Mencorak diri mengubah warkah..
Coretan hidup ini kerana Lillah..
Mengharap tiada rebah, tiada lelah..
Mengharung cebisan-cebisan hidup dengan pasrah..

Duhai Rabbi..
Kemanisan hidup itu keinginan fitrah insani..
Namun, bukan mudah untuk menggapainya..
Kerana hakikat diri..
Bukanlah seperti yang dimimpi..
Melalui lorong-lorong sepi..
Menelusuri pahit manis lorong sunyi ini..

Rabbi..
Terkadang iman terasa goyah..
Terkadang ada bisikan-bisikan lemah..
Terkadang jiwa terasa gundah..
Terkadang hati menangis pasrah..
Kerana hakikat jiwa rindukan kekuatan..
Kerana hakikat diri dambakan ketenangan..
Kerana hakikat hati inginkan……..
Ceritera suka duka alam PERJUANGAN..
Menjadi nashkah cinta untuk KENANGAN..
Menjadi warkah rindu buat IMAN..
Yang sedang membilang waktu..
Yang sedang menghitung hari..
Meniti hari-hari akhir pemergian..
Mengisi saat-saat akhir perpisahan..
Allahurabbi..

Ya Illahi..
Titipkanlah titis-titis doa penuh pengharapan..
Buat mereka yang sedang mengatur langkah..
ke pentas dunia sebenar..
ke arena dunia luar..
Agar aku, dia dan mereka terus kekal..
Dalam jalan pilihanMu ini..


#MogaAllahRedha 
#ProjekContengConteng
#MenujuHidupCintaBertuhan

Nukilan,
*NHAW2108*
[ContenganDindingQalbi]