Rabu, 11 Jun 2014

#One Night#One Moment#

Bismillah..

suatu ketika,
Di malam hari ..

" Setiap orang mempunyai hujan dalam hidup mereka,
Cuma lebatnya saja yang berbeza..

Dan ..

Setia orang mempunyai 'pelangi' dalam hidup mereka,
Cuma warnanya saja yang berbeza.."

nice quote..very deep tounch my heart..Allah..
#BeautyofLife..


*Enough..Juz Keep Praying..*

Dear Allah, permudahkan perjalanan hidup kami ini..Ameen..

~ sedang dalam fatrah FinalExam..maka selepas ini rasmi sudah berakhirnya semester4..terasa baru sahaja menjejakkan kaki di Bumi Murobbi ini..2 tahun sudah & sedang berlalu, 2 tahun masih menanti saatnya..sedang diri masih lagi tidak ketahuan..bagaimana ujian dan cabaran yang sedang mendatang..moga diri ini masih diberi kekuatan oleh DIA dalam menabur budi & bakti dalam alam Perjuangan ini..inshaallah..Biiznillah..

~ Dengan kuasaMu, Rabbi..
#Engkau mudahkan. Jangan sukarkan#

Rabu, 28 Mei 2014

#ProjekContengConteng

Bismillahirrahmanirrahim..

Kalam puisi cinta Illahi..
Kumulakan dengan bait-bait indah..
Dalam deru nafas mengatur langkah..
Mencorak diri mengubah warkah..
Coretan hidup ini kerana Lillah..
Mengharap tiada rebah, tiada lelah..
Mengharung cebisan-cebisan hidup dengan pasrah..

Duhai Rabbi..
Kemanisan hidup itu keinginan fitrah insani..
Namun, bukan mudah untuk menggapainya..
Kerana hakikat diri..
Bukanlah seperti yang dimimpi..
Melalui lorong-lorong sepi..
Menelusuri pahit manis lorong sunyi ini..

Rabbi..
Terkadang iman terasa goyah..
Terkadang ada bisikan-bisikan lemah..
Terkadang jiwa terasa gundah..
Terkadang hati menangis pasrah..
Kerana hakikat jiwa rindukan kekuatan..
Kerana hakikat diri dambakan ketenangan..
Kerana hakikat hati inginkan……..
Ceritera suka duka alam PERJUANGAN..
Menjadi nashkah cinta untuk KENANGAN..
Menjadi warkah rindu buat IMAN..
Yang sedang membilang waktu..
Yang sedang menghitung hari..
Meniti hari-hari akhir pemergian..
Mengisi saat-saat akhir perpisahan..
Allahurabbi..

Ya Illahi..
Titipkanlah titis-titis doa penuh pengharapan..
Buat mereka yang sedang mengatur langkah..
ke pentas dunia sebenar..
ke arena dunia luar..
Agar aku, dia dan mereka terus kekal..
Dalam jalan pilihanMu ini..


#MogaAllahRedha 
#ProjekContengConteng
#MenujuHidupCintaBertuhan

Nukilan,
*NHAW2108*
[ContenganDindingQalbi]

Selasa, 22 April 2014

#UkhuwahSemanis #Pentagon's Gurlz

bismillah walhamdulillah..selawat dan salam ke atas junjungan besar Baginda Nabi S.A.W..

Allah..lama sudah tidak di update coretan hati ini..moga masa yg berlalu disumbangkan kepada sesuatu yang bermanfaat..inshaallah..rindu menjengah untuk kucoretkan sesuatu pd dinding ini setelah hampir sebulan menyepi..Alhamdulillah dengan izinNya,,dalam kesibukan assignment yang menjengah xkunjung malap, ingin daku meninggalkan sesuatu pd coretan dinding kali ini..

22 April 2014..bersamaan 22 Jamadilakhir 1435Hijrah..Alhamdulillah..di satu ketika dlu lahir seorang bayi perempuan di nogori Kelate sane..huk3..<3 "KAKNGAH" Selamat Hari Tua a.k.a Sanah Helwah..hee..k.ngah da tua..krik3..jange maroh naa..syg k.ngah ketat2..

my first wish utk k.ngah, dik ucu nukilkan warkah utk k.ngah..huk3..;)
syukran untuk halawatul ukhuwah selama hubungan kita terbina..Alhamdulillah..siapa sangka, Tarikh Keramat kita pada hari yg sama.."Kak Chik" pom same gk kn?? huk3..dan Alhamdulillah ukhuwah yg terjalin hingga harini..daripada kita x yg saling mengenali, bukan siapa2, n hari ni Allah bg hadiah semanis ni utk Dik Ucu..
~Kak Ngah & Kak Chik~ uhibbukum fillah daiman abadan abda..Dik Ucu xpernah sangka akn dapat dua org kakak yg very sempoi, cun, gler2 dll..hik3..n this is my IC&DG yg very OSEM..uolls r my siblings dunia akhirah..inshaallah..


notes : kak ngah & kak chik..please dont forget me..i need ur advice n ur guidence..i need ur strength..please dont leave me alone..i'm not enough strong to face all this alone..Allah..will miss both of u for a long time after this..

#kak chik & kak ngah#
biarpun makin hari, kita makin berjauhan..
biarpun makin hari, kita makin tidak memandang..
biarpun makin hari, kita makin kurang bertegur sapa..
tetaplah menyemai rasa syg & cinta yg dipandu ini..
tetaplah membenih baja2 kasih yg tercipta ini..
tetaplah menyubur tautan hati yg lahir krnNya ini..
tetaplah membuai rasa rindu yg wujud di jiwa ini..
ketahuilah duhai ukhtiku,
Kalian sungguh istimewa di hati ini..
Inshaallah keranaNya semata..

Allah..terasa Hari Istimewa itu semakin menghampiri..
tidak terbayang untuk berpisah dengan kalian..
duhai ukhti, jagalah adikmu ini..
kerana daku tidak kuat tanpa kalian..
Allah..peliharalah kedua-dua org kakakku ini..
limpahkan rahmat & maghfirahMua buat mereka..
seiring tiap langkahan kaki mereka di jalanMu ini..

#perjalanan ini terasa semakin sukar..duhai Rabb..permudahkan lah kami..Dunia & Akhirat..
#Dakwah&UkhuwahMestiBersatu..
#kakNgah&kakChik..DikUcuSygKalian
#MaafSalahSilap
#MogaAllahRedha

Jumaat, 14 Mac 2014

mereka & kita.."BERBEZA"

kala hati berbicara..mencari damai di segenap jiwa..
rupanya ada gelojak rasa..rupanya ada badai yang melanda..
JIWA.. bisik bayu lalu pada telinga..
apa ada pada rasamu ..
apa ada andai dikau terluka ..
tiada siapa yang memahami mainan dunia..
tiada siapa yang mengerti bahasa jiwa..
tiada siapa yang mengerti peritnya rasa..
kerana,,,
mereka bukan di kalangan kita..
mereka kata...,
kita semua tiada beza..
Namun,,, hingga saat itu tiba..
mereka tiada menyedari,, ada jiwa memakan rasa..
ada jiwa menahan pedihnya luka..
ada jiwa mengubat goresan calar bisa..
tiada yang sudi bertanyakan cerita..
tiada yang sudi memahami jiwa..
tiada yang sudi menadahkan telinga..
Naahh.. terserlah perbezaan antara kita..
mereka dengan cara mereka..
tiada yang sudi meminta khabar dan berita..
tiada yang sudi mendengar kisah sebenarnya..
Allahurobbi..
Duhai jiwa yang meronta..
mintalah damai pada DIA yang Maha Esa..
kerana mereka tidak punya kuasa..
kerana mereka dan kita sangat berbeza..
kerana mereka tidak sedari,
jiwa kita sedang terluka..
kerana mereka tidak ketahui,
keputusan mereka menggores calar di jiwa..

~BicaraJiwa : 140314 : 1700pm~
#MogaAllahRedha..

**Buat mereka-mereka yang mengerti bahawa ada jiwa yang sedang menangis hiba kerana keputusan mereka tanpa mereka sedari, tindakan mereka menyebabkan jiwa itu merasai perbezaan antara kita & mereka..
Allahu Allah..Jiwa ini mohon kekeuatan daripadaMu,Rabbi..

Isnin, 10 Mac 2014

Dakwah & Tarbiyyah ??!!

~ Coretan DARI Dato TUAN IBRAHIM ~
SAYA MAHU KELUAR DARI TARBIYAH SAJA !!!??? Ustaz, dulu ana merasa bersemangat dalam dakwah. Tapi kebelakangan rasanya semakin hambar. Ukhuwah makin kering. Bahkan ana melihat ternyata ikhwah banyak pula yang aneh-aneh." Begitu keluh kesah seorang mad'u kepada murabbinya di suatu malam. Sang murabbi hanya terdiam, mencuba terus menggali semua kecamuk dalam diri mad'unya. "Lalu, apa yang ingin antum lakukan setelah merasakan semua itu?" sahut sang murabbi setelah sesaat termenung. “Ana ingin berhenti saja, keluar dari tarbiyah ini. Ana kecewa dengan perilaku beberapa ikhwah yang justru tidak Islamik. Juga dengan organisasi dakwah yang ana geluti ini, kaku dan sering mematikan potensi anggota-anggotanya. Bila begini terus, ana mendingan sendiri saja..." jawab mad'u itu. Sang murabbi termenung kembali. Tidak nampak raut terkejut dari roman wajahnya. Sorot matanya tetap terlihat tenang, seakan jawaban itu memang sudah diketahuinya sejak awal. "Akhi, bila suatu masa antum naik sebuah kapal mengharungi lautan luas. Kapal itu ternyata sudah amat buruk. Layarnya banyak berlubang, kayunya banyak yang lapuk bahkan kabinnya berbau kotoran manusia. Lalu, apa yang akan antum lakukan untuk tetap sampai pada tujuan?" tanya sang murabbi dengan kiasan bermakna cukup dalam. Sang mad'u terdiam berfikir. Tak kuasa hatinya mendapat umpan balik sedemikian tajam melalui kiasan yang amat tepat. "Apakah antum memilih untuk terjun ke laut dan berenang sampai tujuan?" sang murabbi cuba memberi pilihan. "Bila antum terjun ke laut, sesaat antum akan merasa senang. Bebas dari bau kotoran manusia, merasakan kesegaran air laut, atau bebas bermain dengan ikan lumba-lumba. Tapi itu hanya sesaat. Berapa kekuatan antum untuk berenang hingga tujuan? Bagaimana bila ikan jerung datang? Darimana antum mendapat makan dan minum? Bila malam datang, bagaimana antum mengatasi hawa dingin?" serentetan pertanyaan dihamparkan di hadapan sang mad'u. Sang mad'u menangis tersedu. Tak kuasa rasa hatinya menahan kegundahan sedemikian. Kekecewaannya memuncak, namun sang murabbi yang dihormatinya tidak memberi jalan keluar yang sesuai dengan keinginannya. “Akhi, apakah antum masih merasa bahawa jalan dakwah adalah jalan yang paling utama menuju ridho Allah?" Pertanyaan berat ini menghujam jiwa sang mad'u. Ia hanya mengangguk. "Bagaimana bila kereta yang antum pandu dalam menempuh jalan itu rosak? Antum akan berjalan kaki meninggalkan kereta itu di tepi jalan, atau cuba memperbaikinya?" tanya sang murabbi lagi. Sang mad'u tetap terdiam dalam sendu tangis perlahannya. Tiba-tiba ia mengangkat tangannya, "Cukup ustaz, cukup. Ana sedar. Maafkan ana. Ana akan tetap istiqamah. Ana berdakwah bukan untuk mendapat pingat kehormatan. Atau agar setiap kata-kata ana diperhatikan..." "Biarlah yang lain dengan urusan peribadi masing-masing. Ana akan tetap berjalan dalam dakwah ini. Dan hanya Allah saja yang akan membahagiakan ana kelak dengan janji-janji-Nya. Biarlah segala kepedihan yang ana rasakan jadi pelebur dosa-dosa ana", sang mad'u berazam di hadapan murabbi yang semakin dihormatinya. Sang murabbi tersenyum. "Akhi, jama'ah ini adalah jama'ah manusia. Mereka adalah kumpulan insan yang punya banyak kelemahan. Tapi di balik kelemahan itu, masih amat banyak kebaikan yang mereka miliki. Mereka adalah peribadi-peribadi yang menyambut seruan Allah untuk berdakwah. Dengan begitu, mereka sedang diproses untuk menjadi manusia terbaik pilihan Allah." "Bila ada satu dua kelemahan dan kesalahan mereka, janganlah hal itu mendominasi perasaan antum. Sebagaimana Allah ta'ala menghapus dosa manusia dengan amal baik mereka, hapuskanlah kesalahan mereka di mata antum dengan kebaikan-kebaikan mereka terhadap dakwah selama ini. Karena di mata Allah, belum tentu antum lebih baik dari mereka." "Futur, mundur, kecewa atau bahkan berpaling menjadi lawan bukanlah jalan yang terbaik. Apabila setiap ketidak-sepakatan selalu ditangani dengan cara itu, maka sampai bilakah dakwah ini dapat berjalan dengan baik?" sambungnya panjang lebar. "Kita bukan sekedar pemerhati yang hanya perlu memberi komen. Atau hanya pandai menuding-nuding sebuah kesalahan. Kalau hanya itu, orang kafirpun boleh melakukannya. Tapi kita adalah da'i. Kita adalah khalifah. Kitalah yang diserahkan amanat oleh Allah untuk menyelesaikan masalah-masalah di muka bumi. Bukan hanya pandai mendedah kelamahan, yang dgn nya boleh menjadikan kerja dalwah semakin rumit." "Jangan sampai, kita seperti menyiram minyak ke bara api. Bara yang tadinya kecil tak bernilai, boleh menjelma menjadi nyala api yang membakar apa saja. Termasuk kita sendiri!" Sang mad'u termenung merenungi setiap kalimat murabbinya. Azamnya memang kembali menguat. Namun ada satu hal tetap bermain dihatinya. "Tapi bagaimana ana bisa memperbaiki organisasi dakwah dengan kemampuan ana yang lemah ini?" sebuah pertanyaan konstruktif akhirnya muncul juga. "Siapa kata antum lemah? Apakah Allah mewahyukan begitu kepada antum? Semua manusia punya kemampuan yang berbeda. Namun tidak ada yang boleh menilai, bahawa yang satu lebih baik dari yang lain!" sahut sang murabbi. "Bekerjalah dengan ikhlas. Berilah taushiah dalam kebenaran, kesabaran dan kasih sayang kepada semua ikhwah yang terlibat dalam organisasi itu. Karena peringatan selalu berguna bagi orang beriman. Bila ada sesuatu isu atau gosip, tutuplah telinga antum dan bertaubatlah. Singkirkan segala ghil (dengki, benci, iri hati) antum terhadap saudara antum sendiri. Dengan itulah, Bilal seorang yang budak hina menemui kemuliaannya." Suasana dialog itu mulai mencair. Semakin lama, pembicaraan melebar dengan akrabnya. Tak terasa, kokok ayam jantan memecah suasana. Sang mad'u bergegas mengambil wudhu untuk qiyamullail malam itu. Sang murabbi sibuk membangunkan beberapa mad'unya yang lain dari keasyikan tidurnya. Malam itu, sang mad'u menyedari kesilapannya. Ia bertekad untuk tetap bergerak bersama jama'ah dalam mengharungi dakwah. Pencerahan diperolehnya. Demikian juga yang diharapkan dari Antum/antunna yang membaca tulisan ini.. Insya Allah kita tetap istiqamah di jalan dakwah ini.. Dalam samudera tarbiyah ini.. Wallahu a'lam..
# copy n paste daripada wassap sahabat.. Allah..terasa sentap di hati ini..betapa kadang2 diri ini juga tidak kuat n tidak mampu utk menghadapi mehnah tribulasi dunia dakwah & tarbiyyah..ALLAH..peliharakanlah diri kami ini dengan sebaik-baik pemeliharaanMU, Rabbi..tetapkanlah langkah kaki kami di bawah rahmat n keredhaanMu..
#pray4MH370
#mogaAllahRedha
~tintaMurobbi~